Sumber Gambar: Android Authority

Pegang 50% Pasaran Telefon Pintar, iPhone Kini Mendahului Peranti Android Di AS

Perdebatan di antara iPhone dan Android sering menjadi tajuk sensasi di dalam internet. Walaupun platform Android pada ketika ini masih memegang majoriti pasaran dunia, syarikat Apple dilihat memberikan saingan sengit terutamanya setiap kali pelancaran produk baharu.

Terbaharu, laporan Financial Times menyatakan bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah arena telefon pintar apabila pengguna di Amerika Syarikat memilih iPhone berbanding Android. Berdasarkan dapatan penyelidikan terkini menunjukkan iPhone telah mendominasi keseluruhan ekosistem Android pada Jun lalu.

Sumber Gambar: BGR

Apple kini dilaporkan telah memegang 50% pasaran telefon pintar di Amerika Syarikat. Ini merupakan kejayaan terbesar bagi Apple kerana mencapai pegangan tertinggi dalam pasaran telefon pintar di negara itu. Difahamkan sudah 10 tahun lamanya iPhone tidak dapat mendahului peranti Android di pasaran Amerika Syarikat.

Yang mengejutkan, pengguna Android terus menurun sehingga di bawah 70% pegangan pasaran telefon pintar di peringkat global bermula tahun 2018. Malah, Apple telah mendominasi pasaran telefon pintar premium dengan memegang 57%  jualan di dalam segmen tersebut.

Dengan pelancaran siri iPhone 14 yang bakal berlangsung dalam beberapa hari lagi, syarikat Apple dilihat akan terus mendahului Android di pasaran global. iPhone sehingga ke hari ini menjadi peranti paling berbaloi kerana mempunyai sokongan kemas kini yang paling lama dan juga spesifikasi terbaik.

Malah, kajian terbaru mendapati hampir separuh pengguna Android berminat untuk beralih ke iPhone.

Kajian Mendapati Hampir Separuh Pengguna Android Berminat Untuk Beralih Ke iPhone

Kajian Mendapati Pengguna Android Memandu Lebih Berhemat Berbanding Pengguna iOS

Exit mobile version