Setiap bisnes dalam talian memerlukan platform pembayaran bagi memudahkan transaksi berlangsung antara pelanggan dan penjual. Antara pilihan yang biasanya digunakan dalam kalangan pemilik bisnes adalah platform pembayaran PayPal.
Kepentingan platform pembayaran dalam talian bagi suatu bisnes membolehkan proses transaksi dapat dilakukan dengan pantas pada peringkat global dengan selamat. Secara tidak langsung, anda sesebuah bisnes boleh mengembangkan jumlah pelanggan serta membolehkan transaksi dibuat pada bila-bila masa dengan mudah.
Dalam pada itu, perkara sebaliknya berlaku pada lelaki ini setelah duitnya diambil tanpa pengetahuan oleh platform tersebut. Menerusi perkongsian Twitter @Pakdinasty, beliau meluahkan rasa tidak puas hati apabila wang berjumlah RM189,000 telah diambil tanpa sebarang penjelasan yang kukuh daripada platform pembayaran PayPal.
RT : PAYPAL SAPU RM189k
Dalam keadaan yg tak menentu ni, @PayPal telah sapu rm189k duit kami! Dah 6 bulan hold, dan harini tarikh pelepasan, tapi akhirnya dia dah sapu semua! Dengan alasan yang tak munasabah! Usahawan elakan guna platform ini! Mula mula dia bantu! Last di bunuh! pic.twitter.com/mad8SKntLe
— Pak Din (@pakdinasty) August 17, 2021
Duit hasil jualan daripada pelanggan di dalam dan luar negara yang dibekukan selama 6 bulan menerusi PayPal tidak boleh diambil pada tarikh sepatutnya. Pada mulanya tiada polisi berkaitan penjualan produk vape dan hasil jualan masih boleh diterima. Malah, akaun tersebut dijaga dengan baik oleh seorang pengurus akaun dan sering berurusan sekali.
Sekitar Febuari yang lalu, PayPal telah menukar polisi yang menyatakan tidak akan menerima urus niaga vape lagi dan beliau akur dengan keputusan tersebut. Malahan, beliau juga dimaklumkan tidak perlu risau dengan baki wang yang masih sedia ada dan jumlah baki sebesar RM189,000 dibiarkan terlebih dahulu pada akaun tersebut.
Tidak lama selepas itu, beliau menerima sebuah lagi emel memaklumkan pembekuan akaun selama tempoh 6 bulan dari PayPal. Tiba pada tarikh yang ditetapkan, beliau mendapati wang miliknya sudah hilang daripada akaun tersebut. Lalu beliau menghubungi pihak Paypal bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu tersebut.
Apa yang lebih memeranjatkan lagi adalah beliau apabila diberitahu telah dikenakan denda sebanyak $2,500 (~RM10,000) bagi setiap pelanggaran polisi di akaun tersebut. Bukan hanya dikenakan cas semata-mata bahkan tiada sebarang notis emel kepada pemilik akaun bagi tindakan tersebut.
Pakdin kitorg pun pernah kena dulu. RM10k dia hold sampai 6 bulan atas alasan business tak legit 😭. Cilaka gila diorang ni. Bila call SG tak angkat. Call US pun tak angkat. Alasa semua WFH. Reply email lambat gila. Memang taubat dah nak pakai Paypal ke apa skrg.
— NWA (@nwarism) August 17, 2021
Perkara ini dilihat sangat serius memandangkan terdapat sebahagian pemilik bisnes turut menimpa nasib yang sama. Pelbagai alasan yang tidak munasabah diberikan apabila diajukan soalan berkaitan isu ini kepada pihak PayPal.
Rentetan daripada isu ini, anda diingatkan untuk melakukan kaji selidik terlebih dahulu sebelum buat pemilihan platform pembayaran pada laman web. Wang yang sudah diambil tidak sesekali akan dikembalikan dengan mudah. Untuk mengelakkan risiko wang ditelan, pastikan setiap peraturan yang tersedia sudah diteliti bagi platform yang dipilih.
Sementara itu, tahukah anda rakyat Malaysia masih bergantung kepada pembayaran secara tunai berbanding e-wallet.
SKMM Sahkan Rakyat Malaysia Masih Bergantung Kepada Pembayaran Secara Tunai Berbanding E-Wallet
Malaysia Tersenarai Negara Paling Banyak Menerima Transaksi ‘E-Wallet’ China