Pandang Pertama Apple iPhone 11 Dengan Tiga Kamera Belakang

Bermula dengan sekadar ura-ura, nampaknya Apple iPhone dengan tiga kamera bakal menjadi kenyataan setelah hampir kesemua sumber melaporkan perkara yang sama.

Berdasarkan sumber daripada Guilherme Rambo, ketiga-tiga model Apple iPhone yang bakal dilancarkan pada tahun ini bakal hadir dengan saiz skrin yang sama seperti model keluaran tahun lalu. Dalam erti kata lain, model terbaru iPhone XR masih lagi menggunakan paparan LCD.

Sumber: 9to5Mac
Sumber: Twitter @onleaks

Sesuatu yang baru pada model keluaran tahun ini sudah pasti penyertaan processor Apple A13 yang dikatakan lebih pantas dan berkuasa. Apple juga dilaporkan bakal memperkenalkan teknologi smart frame dimana para pengguna berpeluang merakam serta edit secara terus menerusi iOS 13.

Walau bagaimanapun, teknologi lain yang bakal diperkenalkan pada ketiga-tiga kamera iPhone 11 masih lagi menjadi misteri setakat ini. Sama-sama kita nantikan apa lagi kejutan yang bakal dibawakan pada Apple iPhone 11. Harap-harapnya Apple bakal menurunkan harga bagi model terbaru mereka ini.

Exit mobile version