Palestin Lenyap Daripada Apple Dan Google Maps?

Umum tahu negara Palestin merupakan negara yang merdeka walau bagaimanapun tanah mereka telah dirampas oleh negara Israel. Kedudukan negara Palestin juga turut diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 136 anggotanya namun tidak bagi Amerika Syarikat yang menjadi pengkalan bagi Apple dan Google.

Menerusi penelitian netizen pada aplikasi Google Maps, Palestin didapati lenyap sepenuhnya daripada peta Google Maps. Apa yang lebih menimbulkan kemarahan netizen adalah negara ini telah digantikan oleh Israel. Nama Palestin tidak lagi terlihat sebaliknya serpihan daripada negara ini telah digantikan dengan Jerusalem yang merujuk kepada Baitulmaqdis dan Gaza.

Sumber: Astro Awani

Berdasarkan isu yang berlaku, para netizen telah mendesak Google untuk meletakkan nama Palestin semula pada Google Maps. Isu yang berlarutan ini nampaknya pernah dijawab pihak Google dimana syarikat ini mengatakan nama Palestin sememangnya tidak pernah tertera dalam Google Maps.

https://twitter.com/hassan_sheikh4/status/1283683055664689154?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1283683055664689154%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fbeta.astroawani.com%2Fberita-malaysia%2Fpalestin-lenyap-daripada-google-maps-251841

Apa yang lebih menimbulkan api kemarahan netizen adalah ‘penghapusan’ nama Palestin pada Google Maps ini mula dikesan selepas Presiden Israel, Benjamin Netanyahu berjanji untuk merampas beberapa wilayah di negara tersebut.

Difahamkan selain Google Maps, Apple Maps turut mengikut jejak langkah yang sama dengan tidak menyertakan nama Palestin pada peta keluaran mereka.

Airbnb dilaporkan antara firma dari Amerika Syarikat yang tidak menyokong penjajahan Israel ke atas Airbnb. Turut dikongsikan, bagaimana lelaki ini berjaya menipu google maps dengan menghasilkan ‘traffic jam’ palsu.

https://www.thevocket.com/airbnb-antara-syarikat-dari-amerika-yang-menyokong-penjajahan-israel-ke-atas-palestin/

https://www.thevocket.com/lelaki-ini-berjaya-menipu-google-maps-dengan-menghasilkan-traffic-jam-palsu/

Sumber
Exit mobile version