Jika dua dekad lalu serangan virus dan malware antara yang dirisaukan pengguna komputer kerana membuatkan komputer tidak berfungsi sekaligus data tidak dapat diakses, kini masalah yang sama turut terjadi buat pengguna telefon pintar.
Masalah yang sama turut berlaku buat pengguna telefon pintar ketika ini khususnya buat pengguna Android. Terbaharu, Google telah membuang 17 aplikasi daripada Play Store kerana dikhuatiri mempunyai malware yang dinamakan sebagai Joker.
Malware ini dikatakan mampu mencuri data peribadi pengguna terdiri daripada mesej daripada SMS, nombor telefon yang disimpan serta beberapa lagi informasi lain tanpa pengetahuan pengguna.
Sehubungan dengan itu, Google telah memilih utnuk membuang 17 aplikasi ini serta menghalang daripada aplikasi ini dipaparkan di Google Play Store. Berikut merupakan 17 aplikasi yang dikatakan mempunyai malware Joker.
- All Good PDF Scanner
- Mint Leaf Message-Your Private Message
- Unique Keyboard – Fancy Fonts & Free Emoticons
- Tangram App Lock
- Direct Messenger
- Private SMS
- One Sentence Translator – Multifunctional Translator
- Style Photo Collage
- Meticulous Scanner
- Desire Translate
- Talent Photo Editor – Blur focus
- Care Message
- Part Message
- Paper Doc Scanner
- Blue Scanner
- Hummingbird PDF Converter – Photo to PDF
- Powerful Cleaner
Meskipun kesemua aplikasi ini sudah dibuang di Play Store, Google menasihatkan para pengguna yang masih mempunyai aplikasi ini pada telefon pintar untuk padam segera bagi mengelakkan lebih banyak data peribadi ‘dicuri’ tanpa sedar.
Pada awal tahun lalu, terdapat pembangun yang memperkenalkan sebuah sistem yang dinamakan sebagai Project Sandcastle membolehkan pengguna menggunakan sistem Android pada iPhone mereka yang asli.
https://www.thevocket.com/project-sandcastle-membolehkan-anda-guna-sistem-android-pada-iphone/
https://www.thevocket.com/iphone-beralih-ke-android/