Oppo merupakan sebuah jenama yang kerap hadir dengan inovasi serta penawaran teknologi terbaru pada telefon pintar mereka. Melalui pelancaran model terbaru, Oppo dijangka bakal memperkenalkan Oppo Reno yang memfokuskan kepada fotografi serta sistem kamera yang unik.

Sebagai perbandingan, siri Oppo Reno merupakan penjenamaan semula kepada siri-R oleh jenama Oppo. Melalui siri ini, Oppo melancarkan dua model iaitu model biasa serta edisi 10x yang hadir dengan sistem kamera periskop yang membolehkan pengguna mendapatkan imej pada jarak yang jauh dengan jelas.

dims

Dari segi spesifikasi, Oppo Reno 10x Edition bakal dikuasakan oleh processor Snapdragon 855, 8GB RAM serta 256GB ruang storan. Penawaran skrin 6.6-inci Full HD+ AMOLED pastinya memberi kepuasan buat pengguna menggunakannya. Model ini turut disokong oleh Oppo VOOC Flash Charge 3.0 bagi mengecas bateri 4,065mAh dengan pantas.

Memfokuskan kepada kamera, Oppo Reno hadir dengan tiga kamera belakang merangkumi lensa 48-megapixel, 13-megapixel telephoto serta lensa 8-megapixel ultra wide. Lebih menarik, model ini menjanjikan keupayaan zoom sehingga 60 kali ganda. Pada bahagian hadapan pula, Oppo Reno hadir dengan kamera pop-up 16-megapixel.

1554895500_oppo_reno (1)

Oppo Reno dijangka bakal dilancarkan pada 16 Mei ini. Setakat ini masih belum diketahui tanda harga rasmi bagi model ini.