Samsung bakal melancarkan barisan telefon pintar boleh lipat terbaru pada acara yang diadakan hari ini. Kini OnePlus juga turut serta dengan membuat kejutan dengan mengacah sebuah produk baharu pada tarikh yang sama dengan acara Samsung Unpacked.

Berdasarkan klip video ringkas yang dimuat naik menerusi akaun media sosial mereka, OnePlus telah memperlihatkan sebuah peranti gabungan dwi-skrin yang seakan-akan LG Dual Screen yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Perkara ini agak mengejutkan kerana tiada sebarang desas-desus daripada mereka berkaitan idea pengenalan peranti boleh lipat pada sebelum ini. Sesetengah orang berpendapat ia mungkin menawarkan sebuah aksesori yang membolehkan penambahan skrin tambahan kedua pula. Sama-sama kita nanti pengumuman rasmi daripada OnePlus kelak.

Sebelum ini pihak OnePlus pernah terpalit dengan isu menggurangkan prestasi telefon pintar mereka demi penjimatan bateri dan masalah haba.

OnePlus Mengaku ‘Terpaksa’ Kurangkan Prestasi Demi Penjimatan Bateri

OnePlus 8T Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM2,699

Sumber