Telefon pintar OnePlus pernah menjadi kebanggaan untuk pengguna disebabkan penawaran harganya yang berpatutan dengan spesifikasi yang tinggi. Namun, dapat dilihat syarikat OnePlus pada hari ini menghadapi pelbagai masalah dalaman dan luaran yang bersilih ganti.

Baru-baru ini terdapat keputusan ujian yang mengejutkan daripada AnandTech di mana model OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro dilaporkan mempunyai prestasi yang tidak sepadan untuk penggunaan harian berbanding benchmark yang dipaparkan. Hal ini disebabkan Oxygen OS memberikan akses kepada semua aplikasi untuk beroperasi pada tahap yang maksimum sewaktu ujian dijalankan.

Oleh yang demikian, Geekbench secara rasminya telah menyingkirkan model OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro daripada carta Geekbench setelah didapati memanipulasi perisian untuk mendapatkan skor benchmark yang tinggi.

OnePlus berpendapat tindakan tersebut terpaksa dilakukan dalam menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih lama dan lancar. Perkara ini dilaporkan menyelesaikan masalah haba yang terdapat pada peranti mereka. Difahamkan lebih daripada 300 aplikasi popular yang dikesan tidak mendapat pengoptimasian seperti Facebook, Chrome dan sebagainya.

Nampaknya pihak OnePlus sedang berusaha mencari jalan penyelesaian bagi peranti yang ditawarkan kepada pengguna. Pengguna hanya boleh berharap pada kemas kini akan datang agar masalah ini dapat diselesaikan untuk pengalaman penggunaan yang cemerlang.

Tular pada tahun lalu apabila kastam Amerika Syarikat merampas OnePlus Buds kerana berpendapat model tersebut merupakan model AirPods ciplak.

‘Disangka’ AirPods Ciplak, Kastam Amerika Syarikat Pilih Untuk Rampas OnePlus Buds

Vocket Review: OnePlus Buds, ‘True Wireless Headset’ Pertama Dengan Fungsi Pengecasan Pantas