Nokia X20 sudah dilancarkan sejak April yang lalu dan kini akhirnya tiba di pasaran tempatan secara rasmi. Untuk makluman, Nokia X20 merupakan sebuah peranti mid-range yang menyokong rangkaian 5G dengan binaan rangka yang tahan lasak.

Nokia X20 telah dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci LCD FHD+ yang disaluti bersama lapisan Corning Gorilla Glass 5 yang kukuh. Model ini dikuasakan oleh processor Snapdragon 480 dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sebesar 128GB. Kapasiti bateri sebesar 4,470mAh dan turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 18W.

Sumber Gambar: Notebookcheck

Dari segi kamera pula, kamera utama mempunyai sensor sebesar 64MP wide, 5MP ultrawide, 2MP macro dan 2MP depth. Kamera swafoto pula sebesar 32 MP dengan rekaan punch-hole pada skrin. Kamera ini juga hadir dengan fungsi  rakaman dua perspektif berbeza pada satu-satu masa serta menggunakan lensa daripada pihak Zeiss.

Anda sudah boleh mulai membuat pra-tempahan pada hari ini sehingga 18 Oktober kelak dengan harga jualan RM1,599 menerusi laman Shopee Nokia Mobile Malaysia. Pelanggan yang sudah menempahnya bakal menerima beberapa barangan edisi khas James Bond No Time To Die.

Tidak hanya menawarkan telefon pintar sahaja, Nokia juga sudah melancarkan sebuah tablet mampu milik generasi baharu pada baru-baru ini.

Nokia T20, Tablet Mampu Milik Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 15 Jam

Nokia XR20 Kini Rasmi, Ketahanan Gred Tentera Serta Sokongan Sekuriti Sehingga 4 Tahun

Sumber