Pertumbuhan pasaran tablet yang kian meningkat telah menarik minat pelbagai pihak pengeluar untuk menawarkan sejumlah tablet kepada pengguna di luar sana. Nokia juga turut menyertai arena tablet dengan kehadiran tablet keluaran terbaharu mereka pada kali ini.

Nokia secara rasminya telah melancarkan sebuah tablet yang telah diacah sebelum ini yang digelar sebagai Nokia T20. Tablet Nokia T20 didatangkan dengan skrin bersaiz 10.4 inci bersama panel LCD beresolusi 2K dengan kecerahan sehingga 400 nits. Kehadiran bateri sebesar 8,200mAh dikatakan mampu bertahan sehingga 15 jam penggunaan.

Sumber Gambar: Daily advent

Selain itu, tablet ini menjalankan sistem operasi Android 11 serta dikuasakan dengan cip pemproses Unisoc Tiger T610 di mana ia lebih menfokuskan pada penggunaan kuasa dengan efisien. Ditambah pula dengan memori sebesar 3GB RAM dan storan dalaman sehingga 64GB yang juga boleh ditambah dengan kad mikro SD.

Dari segi audio, tablet ini juga hadir dengan pembesar suara stereo, dua mikrofon dan bicu audio 3.5mm. Sementara untuk kamera pula, ia dilengkapi dengan lensa hadapan sebesar 5MP dan bahagian lensa belakang adalah sebesar 8MP. Kamera hadapan telah dioptimasi untuk penggunaan panggilan video dan menyahkunci menggunakan sistem imbasan wajah.

Sumber Gambar: Gsmarena

Tablet Nokia T20 didatangkan dengan dua jenis versi sama ada versi WiFi dijual pada harga bermula €200 (~RM966) manakala versi 4G pula boleh didapati dengan harga €240 (~RM1,159).

Sebelum ini juga, model Nokia G50 turut tertiris secara tidak sengaja sebelum tarikh pelancaran rasminya.

Nokia G50 Tertiris Secara Tidak Sengaja Sebelum Tarikh Pelancaran Rasmi

Nokia Dijangka Bakal Lancarkan Telefon Flagship Terbaru Sempena 11.11 Akan Datang

Sumber