Bermula sebagai ura-ura melalui gambar yang tertiris, Nokia melalui HMD Global nampaknya berjaya merealisasikannya dengan melancarkan model Nokia 9 Pureview dengan penyertaan lima kamera pada bahagian belakang. Model ini juga turut dilabel sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik daripada Nokia.

Memfokuskan kepada kamera, Nokia telah memilih untuk bekerjasama bersama syarikat Light untuk menghasilkan model ini. Selain itu, Nokia turut bekerjasama bersama Adobe dengan menyertakan aplikasi Lightroom pada Nokia 9 Pureview.

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang kualiti gambar yang boleh dirakam oleh Nokia 9 Pureview ini. Seorang jurugambar profesional Konsta Punkka berkongsikan imej ini yang dikhabarkan dirakam dan disunting menggunakan telefon pintar Nokia, kemungkinan besar Nokia 9 Pureview.

Nokia-9-PureView-imagen-de-portada
Sumber: Andro4all

Model ini hadir dengan skrin 5.99-inci  QHD+ pOLED dimana bakal memberi penawaran kualiti paparan yang tinggi buat pengguna. Dari segi spesifikasi Nokia 9 Pureview hadir dengan processor Snapdragon 845, RAM 6GB serta ruang storan 128GB.

Lebih menarik, Nokia 9 Pureview turut menyertakan teknologi pengimbas cap jari diatas skrin, sokongan kalis air IP67 serta bateri 3320 mAh dengan sokongan wireless charging.

nokia-mwc-18
Sumber: Android Central

Mengulas mengenai kamera, Nokia 9 Pureview dilengkapkan dengan lima kamera 12-megapixel f/1.82. Ianya sesuatu yang unik jika dibandingkan dengan model yang lain yang hadir dengan lensa berbeza berbeza pada bahagian belakang. Dari segi fungsi, dua daripada kamera memfokuskan kepada RGB manakala tiga lagi untuk monokrom. Pada bahagian hadapan pula, model ini hadir dengan kamera 20-megapixel.

Model ini mula ditawarkan di Amerika Syarikat dengan harga $699 (~RM2850). Setakat ini masih belum diketahui lagi berapakah harga yang bakal ditawarkan untuk model Nokia 9 Pureview bagi pasaran Malaysia.