Sedekad lalu Nokia berjaya membuatkan orang ramai teruja dengan kualiti kamera yang ditampilkan bersama lensa Carl Zeiss. Melalui ‘comeback’ Nokia pada tahun lepas, syarikat ini nampaknya ingin mengulangi zaman kegemilangan mereka dengan bakal menampilkan sebuah telefon pintar dengan penyertaan kamera yang unik.

Berdasarkan gambar yang tertiris, Nokia 9 dikatakan bakal mengeluarkan sebuah telefon pintar dengan penyertaan lima kamera pada bahagian belakang. Lebih unik, lima kamera yang disertakan ini disusun secara bentuk heksagon.

Dari segi spesifikasi, model ini bakal dilengkapkan dengan processor Snapdragon 845, RAM 8GB serta ruang storan bersaiz 128GB. Selain itu, model ini turut dikuasakan dengan Android One yang menjanjikan pengalaman seolah menggunakan Stock Android.

Berdasarkan ura-ura, model yang sudah dinantikan ramai ini bakal diperkenalkan pada awal tahun ini. Sama-sama kita nantikan sejauh manakah keupayaan lima kamera ini dalam menandingi beberapa telefon pintar yang lain.

Kami tidak pasti sejauh manakah trend telefon pintar dengan banyak kamera pada bahagian belakang bakal berakhir. Difahamkan Huawei P30 Pro bakal turut hadir dengan empat kamera pada bahagian belakang.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber