Sejak mulai dilancarkan pada tahun 2017, konsol mudah alih daripada Nintendo iaitu Nintendo Switch berjaya mendapat menjadi pilihan para gamers serta mengumpul jutaan pengguna sehingga kini.

Populariti Nintendo Switch juga dilihat terus meningkat sewaktu pandemik menyerang dunia di samping lambakan game menarik yang ditawarkan pada konsol mudah alih ini.

Terbaharu, pihak Nintendo telah memperkenalkan Switch OLED Model dengan penawaran skrin 7-inci beserta paparan OLED. Sebagai perbandingan, model sebelum ini sekadar hadir dengan saiz skrin 6.2-inci sahaja.

MB5FBfgq8bv8UiL3UmH9rn

Selain itu, model ini turut menawarkan paparan 1080p yang boleh dihubungkan kepada televisyen. Pihak Nintendo juga turut memaklumkan Nintedo Switch OLED Model ini hadir dengan sokongan audio yang lebih baik.

Model terbaharu Nintedo ini dijangka bakal ditawarkan seawal Oktober ini. Mengulas dari segi harga, Nintedo Switch OLED Model ini ditawarkan di Amerika Syarikat pada harga $349.99 (RM1,455.78). Melihat kepada jumlah peminat Nintedo yang ramai, pastinya model ini bakal menjadi rebutan peminat.

Sekitar tahun lalu, Nintendo dilaporkan memilih Malaysia sebagai pengeluar terbaru konsol Nintedo Switch. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Nintendo Pilih Malaysia Sebagai Pengeluar Terbaru Konsol Switch

Konsol Paling ‘Rare’ Di Dunia, Nintendo PlayStation Dibida Dengan Harga RM1.5 Juta