Sering kali apabila membincangkan soal kriptowang sama ada Bitcoin, Ethereum atau pelbagai kriptowang, pastinya soal nilai kriptowang antara yang dibincangkan kerana berjaya menguntungkan para pemilik dan pelabur berikutan harganya yang mampu meningkat dengan drastik.
Dalam pada itu, siapa sangka Bitcoin pada hari ini menyaksikan kejatuhan yang mendadak di mana Bitcoin kini dinilaikan dengan harga sekitar RM160,976 bagi 1 BTC. Kejatuhan harga ini turut menyaksikan beberapa kriptowang lain seperti Ethereum, Solana dan XRP turut mengikuti trend yang sama.
Difahamkan salah satu punca berlaku kejatuhan nilai kriptowang ini adalah disebabkan pengumuman bank pusat Rusia yang memaklumkan cadangan untuk mengharamkan perlombongan dan perdagangan kriptowang di negara berkenaan kerana mampu menjejaskan sistem kewangan negara.
Sebagai rekod, nilai Bitcoin pada ketika ini merupakan 45% lebih rendah berbanding nilai tertinggi pernah dicapai Bitcoin sekitar bulan November yang lalu.
Ketahui juga 6 jenis kriptowang yang berbaloi untuk pelaburan pada tahun ini dengan klik pautan di bawah.
6 Jenis Kriptowang Yang Berbaloi Untuk Pelaburan Pada Tahun 2022
Hanya Dalam Tempoh Seminggu, Koleksi NFT Ghozali Berjaya Raih Hasil Jualan Mencecah RM4.3 Juta