Nike sekali lagi tampil dengan inovasi baharu menerusi pengenalan aplikasi ‘Nike Fit’ untuk memudahkan pengguna mendapatkan saiz kasut dengan lebih tepat. Pengimbas ‘Nike Fit’ ini merupakan satu lagi kejayaan Nike dalam mengembangkan kemampuan teknologi syarikat tersebut.
Nike yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh lebih 60% pengguna di dunia yang salah memilih saiz kasut ideal mereka. Cara penggunaan ‘Nike Fit’ mudah sahaja, pertama sekali pengguna perlu mencari tempat datar sebagai tapak pengimbas. Kemudian penguna dikehendaki untuk berdiri tegak dan mula mengimbas panjang dan lebar saiz kaki.
Saiz ditentukan dengan 13 titik yang diimbas untuk mendapatkan bacaan lebar dan panjang kaki. Hasil imbasan akan dipadankan dengan carta saiz mengikut data yang tersimpan oleh Nike. Jadi pemilihan saiz kasut akan menjadi lebih mudah selepas ini.
Aplikasi Nike Fit ini akan dilancarkan pada Julai ini. Aplikasi ini juga akan turut tersedia di butik Nike Amerika Syarikat pada bulan Julai dan butik Nike Eropah pada bulan Ogos.