Nelson Mandela merupakan seorang tokoh dunia yang disegani sehingga ke hari ini. Masih ramai terkesan dengan perjuangannya sekaligus membuatkan sebarang barangan yang berkaitan dengan beliau bernilai tinggi di pasaran hari ini.

Terbaharu, satu waran tangkap terhadap tokoh Nelson Mandela sudah berusia 60 tahun di dijadikan versi NFT kini berjaya dijual pada harga $130,000 (~RM548,860). NFT waran tangkap tokoh dunia tersebut dilelong di Mormint iaitu sebuah kedai dalam talian yang berpengkalan di London untuk seni digital.

Sumber Gambar: Cryptopolitan

Hasil jualan ini akan disalurkan kepada Liliesleaf yang mana merupakan muzium bersejarah yang pernah menjadi pangkalan operasi untuk beberapa pejuang anti-apartheid pada tahun 1960-an. Nelson Mandela yang meninggal dunia pada tahun 2013 sudah pasti memberi impak besar terhadap Afrika Selatan.

Menariknya, barang-barang berkaitan bekas presiden Afrika Selatan tersebut berjaya menarik perhatian ramai di pusat lelongan. Orang ramai telah dijemput untuk membida kunci Pulau Robben di mana Mandela pernah menghabiskan 27 tahun dalam tahanan, raket tenis, sepasang cermin mata dan salinan perlembagaan Afrika Selatan 1996 yang ditandatangani Mandela.

Dokumen fizikal waran tangkap Mandela telah didermakan kepada Liliesleaf pada tahun 2004 dan kekal di bawah simpanan organisasi. Sebagai sebahagian daripada jualan, pemilik NFT waran tangkap Nelson Mandela akan mempunyai akses eksklusif menerusinya.

Selain itu, Casetify juga ada melancarkan sarung telefon khas untuk menayang karya NFT yang dimiliki secara fizikal dengan harga bermula RM188 sahaja.

Casetify Lancar Sarung Telefon Khas Untuk Karya NFT

Model Baharu Alfa Romeo ‘Tonale’ Bakal Guna Pakai Teknologi Blockchain Dan NFT