Netflix sudah cukup terkenal dengan sejumlah kandungan filem dan siri drama yang cukup hebat untuk ditonton para pelanggannya. Selain memberikan konten yang menarik, pihak Netflix nampaknya mahu memperluaskan lagi penawaran kandungan di platform tersebut.

Kini Netflix dilaporkan sedang meneroka dan membangunkan pilihan kandungan berbentuk siaran langsung pada platform mereka. Antara kandungan yang berbentuk siaran yang bakal dipertimbangkan termasuklah konsert lagu, acara komedi stand-up dan banyak lagi.

Sumber Gambar: Medium

Hal ini sekaligus akan membawa kepada capaian yang lebih luas pada peringkat global untuk kandungan seumpamanya malahan lebih ramai pelanggan baharu akan aktif dengan langganan mereka setiap bulan di Netflix.

Setakat ini, Netflix tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini. Bagaimanapun, ini bukanlah perkara baru memandangkan terdapat beberapa platform penstriman yang sedia menawarkan siaran langsung seperti perlawanan bola sepak atau berita yang mana berjaya menarik pengguna baru menerusinya.

Tular baru-baru ini Netflix juga dilaporkan akan mulai memperkenalkan iklan seawal hujung tahun ini.

Netflix Dilaporkan Akan Mulai Perkenalkan Iklan Seawal Hujung Tahun Ini

Ekoran Salah Guna Akaun, Netflix Bakal Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Akaun Yang Berkongsi