Nenek Berusia 90 Tahun Ini Raih Rekod Dunia Guinness Sebagai ‘Streamer’ Tertua

Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat anak muda semakin berjinak-jinak dalam menjadi streamer di Facebook mahupun YouTube. Menerima wang yang lumayan sambil berhubung bersama para peminat antara yang membuatkan aktiviti ini diceburi ramai.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan seorang wanita berusia 90 tahun di Jepun ini yang memilih untuk menjadi streamer pada usia 90 tahun sekaligus dinobat sebagai oleh Guiness World Records sebagai streamer tertua dunia.

Apa yang lebih menarik, difahamkan minat Mori Hamako terhadap game bermula sejak 39 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1981. Antara konsol awal yang dimilikinya adalah Cassette Vision dimana game hadir dalam bentuk kaset.

Berbeza dengan warga emas lain yang lebih cenderung bermain game yang lebih simple, Mori Hamako menamakan Grand Theft Auto (GTA V) sebagai game paling disukainya berikutan grafiknya yang memukau. Selain itu, beliau juga turut bermain dan stream beberapa game terkini seperti Call of Duty Modern Warfare dan Final Fantasy 7 Remake.

Setakat ini channel YouTube beliau iaitu Gamer Grandma sudah berjaya mengumpul 270,000 ribu subscriber manakala video terbaru beliau mengenai rekod yang diperolehi sudah mencapai hampir 2 juta tontonan dalam masa satu minggu. Sebuah pencapaian yang hebat buat wanita berusia 90 tahun yang memilih untuk menjadi seorang streamer.

Tular pada minggu ini mengenai YouTube Sugu Pavithra yang berjaya menghasilkan video serta membuatkan orang Malaysia teruja untuk menonton dan mencubanya.

https://www.thevocket.com/hanya-rakam-menggunakan-telefon-youtube-masakan-wanita-ini-kini-dibayar-google/

https://www.thevocket.com/bukan-rm144000-tetapi-ini-pendapatan-sebenar-sugu-pavithra-selepas-meletup-di-youtube/

Sumber
Exit mobile version