Sebelum ini, syarikat U Mobile melaporkan bahawa sedang pertimbangkan untuk menjual menara telekomunikasi milik mereka dengan nilai RM500 juta. Difahamkan terdapat beberapa pihak yang berminat untuk mendapatkannya.

Terbaharu, Naza Communications selaku salah satu anak syarikat Naza Corp Holdings kini dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk membeli aset milik U Mobile. Buat masa ini, info berkenaan dengan aset-aset yang menerusi transaksi masih menjadi tanda tanya.

Sumber Gambar: The Vibes

Untuk makluman, Naza Communications terlibat dalam perniagaan berkaitan infrastruktur telekomunikasi. Sekiranya benar Naza bakal mengambil alih aset milik U Mobile sepenuhnya kelak, maka sekaligus mereka bakal menduduki posisi sebagai antara penyedia infrastruktur terbesar di Malaysia.

Hal ini memandangkan U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi ke-4 terbesar di Malaysia. Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara berkenaan.

Sementara itu, Malaysia turut melancarkan satelit ke-10 baru-baru ini untuk tawarkan internet berkelajuan tinggi di kawasan pendalaman.

Satelit Ke-10 Negara Dilancarkan, Mampu Tawarkan Internet 100Mbps Di Kawasan Pedalaman

Satelit Internet Starlink Mungkin Ditawarkan Di Malaysia Seawal Tahun 2023