NASA sedang membangunkan kapal terbang elektrik pertama di dunia.

Pesawat itu, yang dikenali sebagai Maxwell akan menjadi kapal terbang elektrik pertama yang dihasilkan sepenuhnya oleh NASA. Ia telah dibangunkan sejak 2015, tetapi telah dipamerkan untuk pertama kali pada tahun ini dengan harapan untuk memperluaskan pasaran.

Dalam satu kenyataan oleh Brent Cobleigh, Pengurus Projek untuk Demonstrasi dan Kemampuan Penerbangan NASA menyatakan bahawa industri pesawat akan menghadapi teknologi baharu jika Maxwell siap sepenuhnya.

x57-mod-768×512
Extreme Tech

Tambah beliau lagi, teknologi yang sedang dibina oleh NASA ini telah berjaya menangkap mata beberapa syarikat besar kapal terbang komersial dan mungkin akan diguna pakai bagi membina produk komersial yang boleh digunakan oleh orang awam.

Pesawat itu mempunyai 14 motor elektrik yang dikuasakan dengan bateri lithium ion – teknologi yang sama digunakan untuk telefon bimbit dan kereta elektrik.

x57-aircraft-1280×720
Firstpost

Apa yang membezakan pesawat elektrik ini dengan pesawat komersial adalah Maxwell hanya mampu terbang sehingga ketinggian 14,000 kaki manakala pesawat komersial mempunyai kemampuan untuk terbang sehingga 45,000 kaki – tetapi para penyelidik mengharapkan pesawat itu boleh digunakan untuk pengangkutan awam.

NASA juga mencipta simulator yang baru bagi membolehkan jurutera dan juruterbang merasai pengalaman berada di dalam Maxwell jika ianya sudah siap sepenuhnya.

nasa-x-57-maxwell-prototype-1-1280×720
Slash Gear

Maxwell bakal menjadi kebanggaan terbaharu NASA selama beberapa dekad selepas sejarah tercipta dengan Bell X-1 pesawat dengan bentuk peluru yang pertama memecahkan halangan bunyi dan pesawat roket X-15 yang diterbangkan oleh Neil Armstrong sebelum dia menyertai misi ke bulan.

Berikut adalah artikel lain mengenai NASA untuk rujukan anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan penuh.

https://www.thevocket.com/nasa-tawar-penginapan-di-iss-dengan-harga-rm145180-satu-malam/

https://www.thevocket.com/pelajar-sarawak-terpilih-antara-pemenang-rekaan-logo-anjuran-nasa/

https://www.thevocket.com/nasa-bakal-bina-tapak-operasi-di-bulan/