MySejahtera Umum Pertukaran Nombor Servis SMS Secara Rasmi

Sehingga ke hari ini, kita masih lagi menggunakan aplikasi MySejahtera untuk beberapa perkara berkaitan kesihatan. Dalam masa yang sama, kita bakal menerima notifikasi SMS daripada MySejahtera menerusi nombor servis khasnya.

Menerusi perkongsian terbaharu, MySejahtera kini mengumumkan mereka bakal mula menggunakan nombor servis SMS yang baharu untuk menghantar sebarang notifikasi. Tiga nombor servis SMS yang akan digunakan adalah 68808, 68088 dan juga 63001.

Sumber Gambar: Twitter

Dalam masa yang sama, mereka turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan SMS atau sebarang pautan mencurigakan yang dihantar dari nombor tidak dikenali. Hal ini kerana sudah terdapat laporan berkaitan penipuan mesej yang menyamar sebagai pihak MySejahtera untuk mencuri wang dan data pengguna.

Penggunaan nombor servis SMS ini sudah berkuatkuasa sejak 16 September 2022 ini. Anda diingatkan sekali lagi untuk berhati-hati dengan SMS atau sebarang pautan mencurigakan yang dihantar daripada nombor tidak dikenali atau pun menyerupai nombor yang dinyatakan di atas.

Sumber
Exit mobile version