Mufti Wilayah Persekutuan kini telah menjawab salah satu pertanyaan ramai berkaitan hukum melakukan aktiviti jual-beli dalam talian ketika solat jumaat yang mana jatuh haram hukumnya.

Hal ini kerana ia boleh melalaikan seseorang daripada memberikan fokus terhadap ibadah solat jumaat. Konteks ini juga adalah sama seperti melakukan transaksi jual-beli biasa dan seumpamanya yang boleh melalaikan.

Sumber Gambar: Berita Harian

Secara terperincinya, larangan transaksi ini bermula azan kedua bagi solat jumaat dan imam berada di atas mimbar sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. Seperti yang kita sedia maklum, ibadah mestilah dilakukan dengan khusyuk dan menghayati dengan hati yang tenang serta meninggalkan urusan lain terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Mufti WP turut menasihatkan umat Islam menjauhkan diri daripada kesalahan ini dan melakukan transaksi jual beli selepas selesai waktu solat jumaat. Diharapkan ramai lebih peka dalam hal ini kerana ia berkaitan ibadah yang dilakukan pada setiap minggu oleh kita.

Sebelum ini juga, Mufti WP sudah membahaskan hukum membeli Android Box untuk mengakses siaran berbayar adalah haram.

Hukum Membeli Android Box Untuk Mengakses Siaran Berbayar Adalah Haram Menurut Mufti WP

Kerajaan Turki Umum Hukum Kunjungi Kaabah Dalam Dunia Meta Bagi Menunaikan Haji

Sumber