Boleh dikatakan di setiap penjuru media sosial mahupun di laman blog hangat membincangkan tentang kriptowang. Pelbagai jenis kritpowang telah menjadi pilihan oleh peminat di luar sana yang mahu menjadikan ia sebagai pelaburan.

Hal ini sekaligus turut menarik perhatian sebahagian peminat kriptowang untuk mengetahui hukum sebenar dalam menjadikan kriptowang sebagai mas kahwin. Oleh itu, Mufti Wilayah Persekutuan telah pun menjawab persoalan tersebut di laman rasminya yang mana ia dibolehkan dan sah di sisi hukum syarak.

Sumber Gambar: Investing News Network

Beliau mengulas lagi bahawa kriptowang boleh dijadikan mas kahwin atas dasar konteks semasa Malaysia yang mengganggap kriptowang sebagai barang komoditi yang boleh diperdagangkan dan dijadikan sebagai aset pelaburan.

Selaras dengan konsep ini, maka kriptowang adalah sah dijadikan salah satu bentuk mahar kerana dianggap sesuatu barangan yang bernilai sama seperti barang-barang berharga lain. Jika sebelum ini kita melihat penggantin sedia memberi wang ringgit atau dinar sebagai mahar, tidak hairanlah selepas ini kita akan juga melihat penggunaan kriptowang pula.

Sebelum ini juga, mufti WP telah mengeluarkan fatwa bahawa haram melakukan aktiviti jual beli dalam talian ketika solat jumaat.

Mufti WP Menfatwakan Haram Aktiviti Jual-Beli Dalam Talian Ketika Solat Jumaat

Pakar Ekonomi Syariah Di Indonesia Bahaskan Hukum Penjualan NFT Yang Popular Ketika Ini