Mungkin anda pernah mengalami senario mahu keluar rumah untuk mendapatkan wang tetapi terlupa bawa kad Maybank pula. Sebenarnya terdapat cara keluarkan duit tanpa gunakan kad di mesin ATM Maybank dengan mudah.
Menerusi hantaran akaun Facebook Azlan Salim, beliau telah berkongsi cara keluarkan duit tanpa gunakan kad di mesin ATM Maybank. Ciri ini diperkenalkan oleh pihak perbankan Maybank yang dikenali sebagai cardless withdrawal. Berikut merupakan langkah-langkah yang anda perlu ikuti untuk menggunakan ciri tersebut.
1. Buka aplikasi Maybank2u di telefon pintar dan pilih bahagian Cardless ATM Withdrawal.

2. Kemudian masukkan butiran seperti nombor telefon dan nama anda. Klik Continue.

3. Masukkan nilai yang anda inginkan sama ada RM100, RM200, atau RM300 sahaja. Malah, anda hanya boleh membuat transaksi dengan jumlah maksima RM300 dalam sehari dan bakal dikenakan cas servis sebanyak RM1.06.

4. Semak butiran yang dipaparkan tersebut itu betul dan tepat. Klik Agree & Request TAC. Kemudian, masukkan nombor TAC yang diterima.

5. Semasa di mesin ATM Maybank, anda klik pada skrin mesin tersebut dan pilih Pengeluaran Tanpa Kad lalu klik Teruskan.
6. Masukkan dua kod ID yang telah diberi sebentar tadi menerusi SMS. Kod ID pertama mempunyai jumlah sekitar 16 ke 17 nombor padanya. Sementera kod kedua pula adalah 6 nombor sahaja.

7. Selepas siap dimasukkan kedua-dua kod tersebut,selepas itu barulah anda boleh menerima jumlah wang yang ditetapkan untuk pengeluaran.

Sememangnya cara ini dapat memudahkan anda mengeluarkan sejumlah wang kecil dengan selamat dan cepat sekiranya berlaku kecemasan. Anda juga boleh kongsikan artikel kepada lebih ramai orang agar mereka juga boleh menikmati fungsi yang serba penting dalam kehidupan seharian.
Selain itu, anda juga boleh mengetahui cara ganti kad debit Maybank dengan mudah menerusi kiosk sahaja. Klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.
Lelaki Ini Kongsikan Cara Ganti Kad Debit Maybank Dengan Mudah Menerusi Kiosk Sahaja
Tidak Perlu Ke Bank, Ini Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Dalam Talian