Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ciri TikTok Shop baru sahaja diperkenalkan buat pasaran Malaysia. Tetapi, masih ramai yang belum terokai ciri pembelian dalam talian tersebut dan mungkin juga sebab tidak mengetahui cara beli barang di TikTok Shop yang betul.

Dengan pengenalan ciri ini, para pengguna boleh membuat aktiviti jual-beli terus pada platform tersebut tanpa perlu meninggalkannya. Malahan, pihak TikTok mahu menjadikan aplikasi ini sebagai tempat hiburan serta boleh membeli-belah dalam talian sekaligus. Ikuti langkah di bawah untuk mengetahui cara beli barang di TikTok Shop yang terperinci.

1. Buka aplikasi TikTok.

2. Kunjungi akaun penjual produk yang diingini atau boleh juga mencari dengan menggunakan hashtag #tiktokshop, #tiktokshopmurah dan banyak lagi. Sebagai contoh, kita mengunjungi akaun @bossadrian_derisogadget untuk membuat pembelian produk yang ditawarkan.

cara beli barang di TIktok shop

Sumber Gambar: TikTok Shop

3. Kemudian, tekan pula pada Shop yang berbentuk beg.

Sumber Gambar: TikTok Shop

4. Lihat senarai penuh barangan yang ditawarkan dan pilih mana-mana produk yang diminati lalu klik Buy with coupon.

cara beli barang di Tiktok shop

Sumber Gambar: TikTok Shop

5. Selepas itu, anda perlu pilih warna dan kuantiti barang yang ingin dibeli. Sebaik sudah selesai menyemak produk yang diingini, boleh klik pada Buy Now.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sumber Gambar: TikTok Shop

6. Isi kesemua maklumat yang diperlukan pada bahagian Shipping address ini. Selepas selesai isi ruangan dan menyemak setiap maklumat adalah benar, barulah teruskan dengan klik pada Next.

cara beli barang di TikTok shop

Sumber Gambar: TikTok Shop

7. Seterusnya, pada bahagian Order Summary, anda boleh memilih baucar diskaun pada bahagian Discounts. Selepas itu, anda diminta untuk mengisi maklumat kad debit atau kredit yang digunakan untuk membuat pembayaran. Kemudian, barulah klik pada Add payment method.

Sumber Gambar: TikTok Shop

8. Selesai proses di atas, anda boleh membuat pembayaran sama ada klik kad debit atau kredit yang ingin digunakan atau secara cash on delivery (COD) dan lanjut tekan pada Continue untuk meneruskan proses pembayaran.

Sumber Gambar: TikTok Shop

9. Akhir sekali, anda hanya klik pada Place order untuk melengkap proses pembelian produk di TikTok Shop.

Sumber Gambar: TikTok Shop

Selaras dengan pengenalan ciri ini juga, para pengguna dibenarkan membeli barangan secara terus pada video promosi yang dipaparkan sewaktu pelayaran tanpa perlu meninggalkan aplikasi lagi.

Diharapkan dengan tutorial ini memberi sedikit sebanyak pencerahan cara membeli barangan yang diingini menerusi TikTok Shop. Setakat ini, terdapat sejumlah baucar diskaun dinikmati bersama penghantaran percuma bersempena pengenalan ciri terbaharu ini di pasaran Malaysia.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui cara menyemak jumlah perbelanjaan di Shopee dan Lazada dengan klik pautan artikel di bawah.

Lelaki Ini Kongsi Cara-Cara Semak Jumlah Perbelanjaan Sepanjang Menggunakan Shopee

Lelaki Ini Kongsi Cara-Cara Semak Perbelanjaan Di Lazada Dengan Mudah

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group