Seperti ramai sedia maklum, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sebanyak 80% bagi saman trafik bersempena dengan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Selain anda boleh membuat bayaran di kaunter bayaran trafik dan secara dalam talian, kini terdapat cara bayar saman trafik menerusi ATM.

Menerusi ciapan akaun @Tsgxy, beliau telah berkongsi secara terperinci cara bayar saman trafik menerusi ATM sahaja. Ini merupakan alternatif yang baik memandangkan orang ramai hanya tertumpu kepada kaunter fizikal sehingga mungkin mengabaikan SOP penjarakkan sosial. Berikut merupakan cara mudah membayar saman trafik menerusi ATM.

1. Pada paparan menu utama, anda perlu klik pada bahagian Paybills.

cara bayar saman menerusi atm
Sumber Gambar: Twitter

2. Kemudian di menu pilihan bayaran pula, tekan pada bahagian Pembayaran Saman PDRM yang terletak pada bahagian paling bawah di kiri skrin.

cara bayar saman menerusi atm
Sumber Gambar: Twitter

3. Teruskan dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda atau pihak ketiga yang ingin membayar saman berkenaan.

Sumber Gambar: Twitter

4. Pilih saman yang ingin dibayar daripada senarai yang dipaparkan pada skrin lalu tekan YA untuk meneruskan proses pembayaran dan ia akan memaparkan kenyataan bahawa urusniaga anda telah berjaya apabila selesai semuanya.

Sumber Gambar: Twitter

Untuk makluman, kini anda masih berpeluang menikmati diskaun tersebut kerana ia telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 ini dengan pengumuman kemas kini terbaharu. Bahkan, anda juga masih menerima diskaun yang sama walaupun membuat pembayaran menerusi ATM selagi kompaun masih tertakluk di dalam syarat yang ditetapkan.

Pihak PDRM turut menyatakan bahawa digalakkan orang ramai membuat pembayaran kompaun secara dalam talian. Terdapat sebahagian kompaun yang tidak menerima diskaun bagi kesalahan trafik seperti kesalahan kemalangan, memotong secara merbahaya, menggunakan lorong kecemasan dan memotong di barisan berkembar dan seumpamanya.

Setakat ini, dilaporkan sebanyak 2.3 juta saman yang berjaya diselesaikan oleh orang ramai menerusi kaunter pembayaran mahupun secara dalam talian. Tarikh ini dilanjutkan bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran tanpa perlu tergesa-gesa dan berkumpul pada satu kaunter di dalam skala yang besar.

Ini merupakan salah satu inisiatif PDRM dalam meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda membuat pembayaran serta merebut diskaun kompaun yang akan berakhir pada akhir bulan ini.

Sementara itu, terdapat cara-cara memohon dos penggalak yang boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera bagi urusan ke luar negara.

Cara-Cara Memohon Dos Penggalak Melalui Aplikasi MySejahtera Bagi Urusan Ke Luar Negara

Wanita Ini Kongsi Cara Ubah ID MySejahtera Buat Pengguna Nombor Telefon Baharu

Sumber