MrBeast sangat terkenal di seluruh dunia lebih-lebih lagi di dalam industri YouTube dengan pelbagai konten menarik yang disajikan pada saban hari. Kontennya pula lebih ke arah positif sekaligus menarik minat pelbagai lapisan umur serta menerima jumlah langganan yang tinggi daripada seluruh dunia.

Menerusi perkongsian Forbes, MrBeast menjadi pencipta kandungan di platform YouTube dengan pendapatan paling tinggi pada tahun 2021. MrBeast kini dilihat sudah menerima lebih daripada 10 billion tontonan di saluran YouTube beliau sekaligus menjana pendapatan berjumlah $54 juta (~RM225 juta).

Sumber Gambar: YouTube

Sementara Jake Paul pula kini hanya menduduki tangga kedua dengan menawarkan konten mengenai kisah perjalanan beliau sebagai petinju profesional serta diikuti vlog santai.

YouTuber dengan pendapatan ketiga tertinggi pada tahun lalu adalah Markiplier iaitu seorang YouTuber terkenal di kalangan gamer. Anda boleh lihat senarai 10 YouTuber teratas di dalam carta di bahagian bawah.

  1. MrBeast – $54 juta (~RM225 juta)
  2. Jake Paul – $45 juta (~RM188 juta)
  3. Markiplier- $38 juta (~RM158 juta)
  4. Rhett and Link – $30 juta (~RM125 juta)
  5. Unspeakable – $28.5 juta (~RM119 juta)
  6. Natasya – $28 juta (~RM117 juta)
  7. Ryan Kaji – $27 juta (~RM112 juta)
  8. Dude Perfect – $20 juta (~RM83 juta)
  9. Logan Paul – $18 juta (~RM75 juta)
  10. Preston Arsement – $16 juta (~RM66 juta)

Jumlah keseluruhan bagi ke 10 YouTuber paling popular ini sudah mencapai lebih daripada RM1.2 billionĀ untuk sepanjang 2021 yang lalu. Sama-sama kita nantikan pula siapakah yang bakal merangkul tempat pertama pada tahun ini atau masih dipegang oleh MrBeast juga.

Sebelum ini juga, lagu baby shark muncul sebagai video YouTube pertama yang berjaya mencecah 10 billion tontonan dan menewaskan lagu terkenal ‘Despacito’.

Lagu Baby Shark Muncul Sebagai Video YouTube Pertama Berjaya Mencecah 10 Bilion Tontonan

https://www.thevocket.com/upin-ipin-melebarkan-sayap-ke-pasaran-china/

Sumber