Model Terbaru iPhone Mungkin Tidak Lagi Membolehkan Anda Menggunakan ‘Earphone’ Berwayar

Umum tahu Apple sudah tiga tahun melancarkan Apple AirPods. Sebuah aksesori untuk membolehkan pengguna mendengar lagu dengan mudah melalui sambungan bluetooth.

Terbaharu, Apple nampaknya mahu menawarkan pengalaman mendengar lagu yang lebih efisien buat semua pengguna iPhone keluaran 2021 dengan tidak lagi menyokong sokongan earphone berwayar. Dalam erti kata lain, para pengguna mungkin terpaksa mendapatkan Apple AirPods, AirPods Pro atau headphone bluetooth untuk mendengar muzik.

Sumber: Silicon Angle

Menurut laporan daripada Ming-Chi Kuo, keputusan ini yang bakal dilaksanakan ini membolehkan Apple lebih ruang untuk menawarkan komponen dan spesifikasi yang lebih canggih pada model terbaru iPhone. Selain itu, ketiadaan lightning port mungkin sebahagian daripada langkah Apple untuk menawarkan pengecasan tanpa wayar buat iPhone.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Apple lari daripada kebiasaan dalam mengubah landskap pengguna Apple mendengar muzik. Sebelum ini, syarikat ini pernah memilih untuk membuang headphone jack 3.5mm yang sekaligus menjadi bahan jenaka sebelum menjadi ikutan majoriti jenama lain sehingga kini.

Sumber: Getty Images

Sekiranya Apple melaksanakannya, mungkin anda yang mahu mendapatkan iPhone terbaru perlu berbelanja lebih untuk mendengar muzik dengan lebih privasi.

Pada minggu lalu, gambar swafoto lagenda Chelsea, Didier Drogba berjaya menarik perhatian ramai selepas didapati masih menggunakan iPhone 6. Turut dikongsikan, keindahan Masjid Sri Sendayan yang diambil menggunakan iPhone 11 Pro.

https://www.thevocket.com/gambar-swafoto-didier-drogba-menggunakan-iphone-6-tarik-perhatian-netizen/

https://www.thevocket.com/lihat-masjid-rm100-juta-sri-sendayan-seremban-yang-diambil-dengan-iphone-11-pro/

https://www.thevocket.com/berita-iphone-12-buat-pengguna-tegar-apple-rasa-rugi-beli-iphone-11/

Sumber
Exit mobile version