Misteri 20 Tahun Akhirnya Terungkap, Ilmuwan Berjaya Temukan Asal Usul ‘Penghuni’ Di Planet Marikh

Misteri mengenai wujud penghuni di Marikh sehingga terbentuk satu formasi seperti ‘labah-labah raksasa di permukaan Marikh’ akhirnya terbongkar setelah 20 tahun para ilmuwan mengkajinya.

Gambar satelit kutub selatan Planet Merah itu pernah menunjukkan corak makhluk asing yang aneh yang disebut sebagai ‘labah-labah di Marikh’ dan kini seorang saintis berpendapat bahawa mereka telah membuat kesimpulan mengenai misteri ini. Seperti yang dilaporkan oleh Daily, corak makhluk asing yang aneh itu membingungkan para saintis kerana mereka tidak menyerupai apa-apa bentuk yang ada di Bumi.

Bagaimanapun, satu kajian telah menjelaskan bagaimana saintis berjaya mencipta bentuk yang lebih kecil di makmal mereka. Dengan menggunakan kepingan ais karbon dioksida – juga dikenali sebagai ais kering – dan mesin yang mensimulasikan atmosfer di Marikh, mereka telah menemukan bahawa objek yang disangkakan penghuni tersebut sebenarnya adalah pembentukan gas.

Proses ini telah membentuk retakan yang menjadikannya kelihatan seperti labah-labah di mana gas yang keluar masuk ke dalam ais, “Kajian ini memberikan bukti pertama untuk proses permukaan yang dianggap mengubah lanskap di Marikh,” kata penulis utama kajian Lauren McKeown.

NASA

Manakala seorang saintis di Open University di UK memberitahu bahawa kajian ini telah menunjukkan secara langsung bahawa araneiform atau corak labah-labah yang terbentuk di sekitar kutub selatan Marikh itu berlaku dengan penukaran secara langsung ais kering dari pepejal ke gas. Selain itu, para saintis menyatakan bahawa pembentukan formasi ini dipengaruhi oleh keadaan musim di planet terbabit.

Untuk rekod, lebih daripada 95% keadaan sekitar Marikh mengandungi karbon dioksida (CO2), kata NASA. Ais dan fros yang terbentuk di sekitar kutub selatan dan utara pada musim sejuk juga terbuat dari CO2.

Para penyelidik membuat hipotesis bahawa labah-labah di Planet Marikh juga dapat terbentuk pada musim bunga, ketika sinar matahari menembusi lapisan ais CO2 dan memanaskan permukaan di bawahnya.

Dakwaan matahari akan terbit dari sebelah barat adalah palsu, lapor NASA. Klik pautan di bawah untuk membaca.

https://www.thevocket.com/dakwaan-matahari-akan-terbit-dari-sebelah-barat-adalah-palsu-lapor-nasa/

https://www.thevocket.com/tokoh-syiah-india-cetus-kontroversi-minta-26-ayat-al-quran-dibuang-kerana-ajar-keganasan/

https://www.thevocket.com/rover-bersejarah-nasa-di-marikh-dikawal-oleh-saintis-ini-di-rumahnya-sahaja/

Exit mobile version