Microsoft Tarik Balik Keputusan Membuang MS Paint Daripada Windows 10

Pengguna Windows sekitar tahun 90-an hingga awal tahun 2000 pastinya pernah menggunakan Microsoft Paint sebagai aktiviti masa lapang, malah ada pengguna yang mampu menghasilkan karya seni menggunakan perisian ini. Beberapa tahun sebelum ini telah kecoh diperkatakan mengenai penghapusan perisian ini.

Lebih-lebih lagi pada tahun 2017 apabila Microsoft mengumumkan bahawa Paint tidak akan tersenarai sebagai perisian default dan hanya boleh didapati apabila dimuat turun di Microsoft Store. Rata-rata pengguna memberi respon yang mengatakan proses ini agak leceh dan rumit.

Oleh itu, Microsoft membuat keputusan untuk memasukkan semula Paint dalam senarai perisian default pada komputer atau laptop dengan sokongan Windows 10 dan ke atas. Untuk pengetahuan, Paint mula diperkenalkan kepada pengguna semenjak pengenalan Microsoft 95.

Sumber
Exit mobile version