Microsoft dan Jordan Brand telah berkolaborasi bersama dalam menghasilkan dua model Xbox One X yang baru sahaja diperkenalkan sempena meraikan Jordan Brand Classic tahunan yang ke-18.
Kedua-dua konsol ini mempunyai dua jalur warna iaitu konsol putih yang digabungkan dengan warna hitam. Pemilihan elemen pada rekaan Xbox ini pula diinspirasikan oleh Jordan Proto-React yang boleh dilihat pada bahagian sisi dan atas konsol tersebut.
Menariknya, model Xbox One X ini tidak akan dijual di mana-mana kedai namun ianya akan diberikan secara percuma kepada individu bertuah yang dipilih dengan hanya mengulang kicau status di Twitter rasmi Xbox. Anda masih lagi berpeluang untuk memenangi salah satu Xbox One X ini dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan dan memasukkan undian anda sebelum 3 Mei ini.
RT for a chance to win the ultimate Jordan collector’s set featuring this iconic custom Xbox One X. #JordanXboxSweepstakes
NoPurchNec. Ends May 3. Rules: https://t.co/uY8o5jVOld pic.twitter.com/7pTSUJ3yLW
— Xbox (@Xbox) April 22, 2019