Sebuah batu meteor yang jatuh di Gurun Sahara pada tahun lalu ternyata mempunyai umur lebih tua dari Bumi. Batu angkasa, yang diberi nama Erg Chech 002 (EC 002), dianggarkan berusia sekitar 4.6 bilion tahun.

Kandungan mineral dalam meteorit EC 002 menunjukkan bahawa batu itu terbentuk hanya 2 juta tahun selepas terbentuknya sistem suria dan menjadikannya meteorit paling tua yang pernah direkodkan.

“Saya telah meneliti meteorit selama lebih dari 20 tahun, dan ini mungkin meteorit baru yang paling hebat yang pernah saya lihat,” kata Jean-Alix Barrat dari University of West Brittany, Perancis, seperti yang dikutip oleh New Scientist.

Barrat dan rakannya menganalisis meteorit EC 002 dan mendapati bahawa ia tidak seperti meteorit lain yang pernah mereka temui. EC 002 tergolong dalam jenis batu yang disebut andesit.

Menurut maklumat dari Lunar and Planetary Institute (LPI), sepotong meteorit EC 002 dijumpai di Adrar, Algeria, pada Mei 2020. Serpihan batu itu agak kasar, dan berwarna coklat dan krim. Terdapat taburan kristal yang berwarna kuning-hijau dan lebih jarang berwarna kuning dan coklat.

Analisis susunan kimia meteorit EC 002 menunjukkan batu itu pernah cair, dan mengeras lagi hampir 4.6 bilion tahun yang lalu. Ini bermaksud bahawa kemungkinan batu-batu ini merupakan sebahagian daripada serpihan kerak protoplanet kuno yang hancur pada awal pembentukan sistem suria.

Laporan penyelidik juga menunjukkan bahawa magma yang membentuk EC 002 memerlukan sekurang-kurangnya 100,000 tahun untuk menyejukkan dan mengeras setelah mencair.

Para saintis percaya tidak ada meteorit seperti EC 002, kerana jarang sekali ia terjadi atau terbentuk. Kajian lebih lanjut mengenai artifak dengan sistem suria dapat membantu kita memahami bagaimana planet, termasuk Bumi, terbentuk.

“Apabila anda semakin hampir dengan permulaan sistem suria, semakin sukar untuk mendapatkan sampel, kita mungkin tidak akan menemui sampel lain yang lebih tua daripada yang satu ini,” kata Barrat.

Jutawan sekelip mata rugi RM7.6 juta, rasa ditipu selepas jual batu meteorit pada harga murah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

https://www.thevocket.com/jutawan-sekelip-mata-rugi-rm7-6-juta-rasa-ditipu-selepas-jual-batu-meteorit-pada-harga-murah/

https://www.thevocket.com/nasa-kaji-asteroid-gergasi-yang-bernilai-rm41563418211000000000/

https://www.thevocket.com/misteri-terungkai-bunyi-letupan-kuat-di-sabah-berpunca-daripada-meteor/