Meta selaku syarikat disebalik Facebook dan Instagram sebelum ini didakwa mengugut Kesatuan Eropah (EU) untuk menutup kedua-dua perkhidmatan ini di rantau tersebut. Isu yang timbul adalah perkhidmatan mereka perlu memindahkan data pengguna di negara tersebut ke Amerika Syarikat tetapi terdapat beberapa halangan untuk berbuat sedemikian.

Akan tetapi, perkara tersebut dikatakan telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak yang telah menyimpulkan bahawa Meta mahu menarik perkhidmatan mereka daripada negara Eropah. Susulan itu, terdapat sejumlah respon daripada beberapa negara yang turut menyatakan tiada sebarang masalah jika Meta melangkah keluar daripada negara mereka.

Sumber Gambar: Fox business

Menerusi perkongsian Meta, mereka mengatakan ia sekadar perkongsian bersama para pelabur berkenaan dengan risiko perniagaan disebabkan ketidakpastian terhadap pemindahan data antarabangsa dan ditafsirkan sebagai ugutan pula. Terdapat 70 syarikat di Eropah dan Amerika Syarikat yang turut menyatakan perkara sama pada laporan kewangan mereka.

Terdapat usaha untuk mewujudkan saluran pemindahan data bagi kedua-dua negara berkenaan seperti Perjanjian Safe Harbor dan Privacy Shield. Namun begitu, rang undang-undang tersebut telah dibatalkan oleh Mahkamah Keadilan Eropah.

Ditambah pula, dengan kejatuhan yang mendadak untuk saham Meta sekaligus mengeruhkan lagi keadaan sehingga menyebabkan kenyataan itu disalah ertikan oleh ramai. Meta juga berpandangan positif akan perkara tersebut kerana yakin kebenaran akan diberikan oleh negara Eropah apabila sudah bersedia kelak.

Sebelum ini hangat di internet apabila seorang wanita dikatakan telah diganggu dengan teruk di dalam dunia meta keluaran Facebook.

Wanita Ini Mendakwa ‘Diganggu’ Menerusi Karakter Dalam Metaverse Keluaran Facebook

Meta Dilaporkan Telah Membatalkan Perancangan Pembangunan Sistem Operasi Realiti Maya Sendiri

Sumber