Meta dahulunya dikenali sebagai Facebook mempunyai polisi yang sangat ketat berkaitan pengiklanan di dalam platform mereka. Polisi pengiklanan sebelum ini termasuklah tidak membenarkan sebarang siaran iklan berkaitan kriptowang yang dianggap promosi mengelirukan pada permulaan penawaran syiling kripto pada tahun 2018 lepas.

Namun begitu, perkara ini sudah berubah selepas bermula hari ini dengan membenarkan pengiklanan berkaitan servis, produk atau platform perdagangan kriptowang dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Tindakan ini diambil lanjutan daripada landskap kriptowang yang sudah matang dan stabil sejak kebelakangan ini.

Sumber Gambar: Tech Republic

Malah, kini dlihat lebih banyak kerajaan sudah menetapkan peraturan yang lebih terperinci untuk industri tersebut. Difahamkan polisi pengiklanan terbaharu telah berkuat kuasa serta-merta dan ia akan mengiktiraf 27 lesen kawal selia daripada pengiklan. Ini bermakna lebih banyak permohonan untuk menyiarkan iklan kriptowang akan diterima oleh mereka.

Menurut polisi yang sudah dikemas kini, terdpat sejumlah produk dan perkhidmatan kripto seperti platform perdagangan dan pertukaran kriptowang, perkhidmatan pinjaman kriptowang, wallet kriptowang dan infrastruktur perlombongan kriptowang yang termaktub untuk menerima kebenaran bertulis untuk menjalankan iklan di Facebook.

Tambahan pula, produk dan servis berkaitan teknologi blockchain, berita kripto, pendidikan, kaedah pembayaran dan barangan boleh diiklankan tanpa sebarang halangan. Menariknya, perubahan ini turut berkuat kuasa pada platform Instagram di mana ia dimiliki oleh syarikat tersebut.

SelainĀ  itu, Meta juga dilaporkan sedang membangunkan sepasang sarung tangan haptik yang membolehkan pengguna merasi objek maya seperti di dunia sebenar.

Sarung Tangan Haptik Ciptaan Meta Bolehkan Anda Merasai Objek Maya Seperti Di Dunia Sebenar

Facebook Dijenamakan Sebagai Meta, Sedia Bawa Hala Tuju Memfokuskan ‘Metaverse’

Meta Bakal Membawakan Permainan GTA: San Andreas Versi Dunia Realiti Maya

Sumber