Mercedes-Benz sangat terkenal dengan penghasilan kereta bermutu tinggi yang ditawarkan kepada pelanggan di seluruh dunia. Tidak hanya memfokuskan pada kereta kegunaan harian sahaja, mereka juga giat menghasilkan kereta futuristik yang dilengkapi teknologi yang bakal digunakan pada masa kelak.

Baru-baru ini menerusi acara IAA Mobility 2021 di Jerman, syarikat Mercedes-Benz telah memperlihatkan kereta konsep versi terbaharu mereka iaitu Vision AVTR yang sebelum ini juga pernah membuat kemunculan pertama di CES 2020. Versi kali ini dilengkapi dengan teknologi yang cukup canggih di mana pemandu boleh mengawal kereta melalui minda sahaja.

Sumber Gambar: Mercedes-benz media
Sumber Gambar: Mercedes-Benz media

Menurut syarikat berkenaan, kereta ini mampu membolehkan pemandu membuat suatu tindakan dengan hanya perlu membayangkannya secara visual di dalam otak dan ianya akan mengikut kehendak pemandu tersebut.

Menerusi kehadiran lampu khusus yang dipancarkan pada digital dashboard serta disokong oleh sejenis peranti yang dipakai pada kepala yang dikenali sebagai brain-computer interface(BCI), perkara ini yang menjadikan teknologi tersebut menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, masih banyak persoalan yang bermain di kalangan pengguna sekiranya kereta ini ditawarkan oleh Mercedes-Benz terutamanya dalam aspek keselamatan.

Sebahagian pengguna melihat agak sukar bagi seseorang untuk memberikan fokus pada jalan dan menukar fokus tersebut kepada perkara lain pula apabila diperlukan.

Sementara itu, Mercedes juga tidak melepaskan berkolaborasi bersama Xiaomi menghasilkan sebuah skuter elektrik edisi terhad.

https://www.thevocket.com/xiaomi-lancar-skuter-elektrik-edisi-mercedes-amg-petronas-berharga-rm3933/

Super73, Basikal Elektrik Persis Rekaan ‘Motorcross’ Yang Kompak Dan Tahan Lasak