Mark Cuban merupakan seorang bilionair yang popular di mana mempunyai beliau mempunyai profil bisnes dan pelaburan yang bernilai tinggi. Beliau juga sering menjadi rujukan oleh generasi kini untuk mendapat pandangan berkaitan isu semasa dan juga pelaburan.

Terbaharu, beliau mengatakan bahawa membeli hartanah maya di metaverse adalah satu idea yang paling bodoh. Hal ini kerana beliau berpendapat hartanah maya yang ditawarkan pada metaverse boleh dicipta tanpa sebarang had yang tidak tertakluk pada mana-mana peraturan menerusinya.

Sementara hartanah di dunia realiti mempunyai nilai sebenar tersendiri serta penawaran yang terhad dan tertakluk pada peraturan yang ditetapkan. Jadi, memiliki hartanah di dunia sebenar lebih realistik dan menjadi pelaburan yang baik berbanding membeli hartanah maya yang boleh dimanipulasi oleh pihak pencipta.

Sejak tahun lepas, terdapat beberapa platform yang sedia menawarkan jualan hartanah maya dan ada yang mencapai harga tidak masuk akal.  Sebahagian hartanah maya mempunyai harga lebih mahal daripada hartanah yang wujud di dunia sebenar.

Sumber Gambar: New York Post

Bagaimanapun, permintaan hartanah maya bukan satu prioriti atau menjadi perhatian utama selepas kejatuhan nilai kriptowang yang mendadak. Metaverse dilihat lebih realistik jika dikembangkan sebagai tempat berinteraksi dan mungkin juga melakukan simulasi untuk industri profesional.

Sebelum ini, Bill Gates juga mengatakan NFT hanyalah satu penipuan yang didukung oleh orang yang lebih bodoh.

Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh

Bill Gates Tolak Melabur Pada Kriptowang Kerana Tidak Memberi Nilai Kepada Orang Ramai

Sumber