Disaat syarikat telefon pintar lain berlumba-lumba untuk menghasilkan skrin tanpa dengan takuk yang kecil serta kamera yang berkualiti tinggi, Meizu nampaknya memilih inovasi dengan cara berbeza apabila memperkenalkan telefon pintar tanpa sebarang port dan lubang.

Dalam erti kata lain, Meizu Zero yang diperkenalkan ini tidak mempunyai sebarang lubang speaker, slot sim kad serta lubang pengecasan dimana para pengguna bakal dibekalkan dengan adapter pengecasan pantas untuk mengecas Meizu Zero.

meizu-zero-render-1
Sumber: Engadget
Sumber: androidauthority

Dari segi spesifikasi, Meizu Zero hadir dengan skrin 5.99-inci QHD OLED dimana skrin ini juga berfungsi sebagai speaker untuk mengeluarkan bunyi. Penggunaan processor Snapdragon 845 pastinya membuatkan model ini tampil kompetitif bersama telefon pintar flagship yang lain. Kamera utama model ini disokong oleh lensa 20-megapixel dan 12-megapixel.

Memandangkan model ini bakal mula ditawarkan di China, Meizu Zero bakal dilengkapkan dengan eSim yang merupakan sim kad terbina di dalam telefon pintar. Agak menarik untuk menyaksikan adakah model telefon pintar tanpa port ini bakal menjadi trend pada tahun ini.