Penghasilan Video Di Media Sosial Tidak Perlu Memohon Lesen FINAS

Sejak mula diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah mengenai permohonan lesen daripada FINAS bagi menjalankan penggambaran, dapat dilihat kekecohan di media sosial mengenai keputusan yang diumumkan.

Para netizen serta penghasil konten masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati apabila penghasilan video atau filem di media sosial juga turut memerlukannya.

Sehubungan dengan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada hari ini tampil dengan sebuah kenyataan baharu dimana Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) dari pihak FINAS akan dipinda mengikut kesesuaian semasa. Kerajaan Malaysia juga turut mendokong kebebasan media serta media sosial.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat, para pengguna di media sosial seperti YouTube dan TikTok dan lain-lain aplikasi tidak perlu memohon lesen FINAS yang mempunyai syarat yang ketat untuk menghasilkan sesebuah video atau filem.

Ikuti juga perkongsian kisah perjalanan Sofyank96 sebelum jadi pencipta konten berjaya. Beliau juga turut meluahkan kegusaran mengenai akta daripada FINAS sebelum dicadangkan dipinda kerajaan.

https://www.thevocket.com/sofyank96-perjalanan-jadi-pencipta-konten/

https://www.thevocket.com/lesen-finas/?utm_source=thevocket&utm_medium=top10_homepage&utm_campaign=top10_posts

Exit mobile version