Jumaat lalu, Facebook telah mengeluarkan kenyataan mengenai semakan keselamatan yang mendapati sejumlah besar kata laluan telah disimpan dalam bentuk teks biasa pada sistem data. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah mengeluarkan kenyataan yang menasihati orang ramai untuk menukar kata laluan Facebook dan Instagram.
Sebelumnya Facebook dalam satu kenyataan memberitahu bahawa pihak mereka sudah menyelesaikan masalah tersebut. Facebook mula menyedari masalah tersebut selepas mengadakan semakan sekuriti pada Januari lalu. Laporan tersebut turut mwnyatakan beberapa aplikasi di bawah pengawasan Facebook juga turut terkesan seperti Facebook Lite dan Instagram.
Sehingga kini belum ada bukti yang mengatakan kata laluan pengguna disalahgunakan oleh staf mahupun pihak ketiga. Oleh itu MCMC menasihati orang ramai untuk menukar kata laluan media sosial yang terbabit.