Aplikasi Maybank Bakal Implementasi Sistem Secure2u Buat Semua Pengguna

Sekiranya sebelum ini aplikasi Maybank ada mengeluarkan pilihan sama anda berminat untuk menggunakan sistem sekuriti Secure2u mahupun mendapatkan nombor TAC melalui SMS, nampaknya pilihan ini bakal tidak lagi ditawarkan kelak.

Difahamkan penawaran Secure2u bakal membolehkan pengguna membuatkan transaksi dengan lebih pantas dan selamat berbanding penawaran nombor TAC melalui SMS.

Maybank2u juga bakal mengimplementasi Secure2u ini kepada semua transaksi melibatkan Instant Transfer, Interbank Giro Transfer, pembayaran bil serta pelbagai pembayaran atas talian.

Pihak Maybank2u mengesahkan sistem sekuriti ini bakal diimplementasi kepada semua pengguna bermula 22 Januari 2019 ini. Sekiranya anda yang sudah terbiasa dengan mendapatkan pengesahan membuat transaksi melalui nombor TAC, mungkin anda membiasakan diri dengan sistem Secure2u ini.

Sumber
Exit mobile version