Kerajaan telah menyatakan hasrat untuk menamatkan servis rangkaian 3G di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Sebahagian syarikat telekomunikasi juga turut sudah mulai mengambil langkah persediaan untuk menamatkan perkhidmatan rangkaian 3G secara berperingkat di setiap negeri.

Terbaharu, Maxis telah memulakan langkah penamatan rangkaian 3G secara berperingkat mengikut negeri yang telah disenaraikan. Berdasarkan perkongsian yang telah dibuat, proses penamatan telah bermula sejak 6 Oktober sehinggalah 15 Disember kelak. Berikut merupakan senarai garis masa yang ditetapkan oleh Maxis untuk proses penamatan tersebut.

Sumber Gambar: Malaysian Wireless

Setakat ini, penamatan rangkaian 3G telah dimulakan di Terengganu dan diikuti pula Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka untuk bulan Oktober ini.

Selepas itu, ia bakal diteruskan dengan Perak, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak pada bulan November. Akhir sekali, negeri Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor juga akan ditamatkan pada bulan Disember nanti.

Para pengguna diingatkan untuk menaik taraf rangkaian 3G ke 4G serta memakai peranti yang menyokong 4G untuk memastikan perhubungan boleh berlangsung dengan lancar apabila ia sudah ditamatkan nanti. Selain itu, peralihan ini juga merupakan persediaan untuk bergerak ke era 5G pula selepas ini.

Dalam masa yang sama, Celcom juga sudah merancang penamatan rangkaian 3G secara berperingkat di seluruh negara sehingga Disember tahun ini.

Celcom Dalam Proses Menamatkan Rangkaian 3G Secara Berperingkat Sehingga Disember Tahun Ini

Liputan 4G Di Malaysia Bakal Mencecah 100% Dalam Tempoh 2 Tahun Lagi