Seperti kita sedia maklum, 31 Ogos 2022 merupakan tarikh muktamad untuk syarikat telekomunikasi tempatan membuat perjanjian pegangan DNB. Kini pihak DNB telah pun memaklumkan mereka sudah mencapai kata sepakat bersama sejumlah syarikat dan akan menyelesaikan perjanjian pegangan saham tersebut.

Menerusi Reuters, hanya Maxis dan U Mobile sahaja yang tidak berminat mendapatkan ekuiti pada DNB. Sementara baki empat syarikat telekomunikasi lain masih kekal berminat mahu mendapatkan pegangan saham daripada pihak DNB.

Sumber Gambar: Communication Today

Sebelum ini, kerajaan telah membuka kepada syarikat telekomunikasi dengan membahagikan pegangan sebanyak 70% antara mereka, disamping kerajaan memegang 30% pegangan pada DNB.

Dikatakan Maxis dan U Mobile tidak melihat sebarang kebaikan dengan menjadi pemegang saham minoriti pada firma tersebut. DNB sendiri mengatakan salah satu syarikat telekomunikasi telah menyatakan tidak berminat untuk mendapatkan pegangan itu.

Sumber Gambar: Digital Nasional Berhad

Sementara satu lagi syarikat tidak memberikan sebarang respon untuk pegangan. Ini bermakna, hanya 4 syarikat telekomunikasi akan meneruskan perancangan mendapatkan pegangan pada DNB. Bagaimanapun, kedua-dua syarikat ini masih berminat mendapatkan akses rangkaian 5G di bawah DNB.

Sebelum ini dilaporkan sejumlah 1,000 buah sekolah bakal menerima kases rangkaian 5G menjelang penghujung tahun ini.

1,000 Buah Sekolah Bakal Menerima Akses Rangkaian 5G Menjelang Penghujung 2022

Syarikat Telekomunikasi Utama Dijangka Tawarkan Servis Rangkaian 5G Seawal September 2022