Maxis ‘Biggest Sale’ Tawarkan Promosi Beli Satu Percuma Satu Buat Huawei P40 Pro

Setiap kali lancarnya model baharu telefon pintar, pasti ada sahaja promosi serta tawaran terbaru daripada syarikat telekomunikasi yang dipadankan bersama telefon pintar.

Pada kali ini, Maxis telah memilih seleksi produk terbaru keluaran Huawei dimana para pengguna berpeluang mendapatkan model telefon pintar 5G dengan harga serendah RM1 sahaja. Menarik bukan?

Bukan itu sahaja, tawaran Maxis Biggest Sale pada kali ini turut menawarkan promosi beli satu percuma satu telefon pintar flagship daripada Huawei iaitu P40 dan P40 Pro melalui langganan serendah RM130 sahaja.

Difahamkan penawaran telefon pintar Huawei P40 dan P40 Pro dengan promosi beli satu percuma satu ini mulai ditawarkan buat pengguna dengan langgan Maxis Zerolution 128.

Sekiranya anda selaku pasangan yang mahukan telefon pintar serba lengkap dengan rangkaian 5G serta kamera yang hebat, Huawei P40 dan P40 Pro adalah jawapannya.

Promosi terbaru di Maxis ini sedia ditawarkan buat para pengguna bermula 24 Julai 2020 iaitu hari ini. Anda boleh lawati laman web Maxis atau cawangan terdekat Maxis untuk maklumat lanjut.

Klik artikel di bawah untuk menonton review daripada kami mengenai Huawei P40 Pro+.

https://www.thevocket.com/vocket-review-pengalaman-5g-paling-best-dengan-huawei-p40-pro-dan-matepad-pro-5g/

https://www.thevocket.com/vocket-review-8-top-features-pada-huawei-p40-pro-plus-yang-buat-kami-teruja/

Exit mobile version