Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sekiranya anda mengikuti perkembangan mengenai kriptowang, pastinya anda cukup tahu di mana kriptowang LUNA kini antara yang menjadi bualan hangat ramai berikutan kejatuhan harganya yang mendadak dalam tempoh sebulan.

Penurunan harga daripada $119.18 (RM524.15) kepada harga di bawah 1 sen telah membuatkan sejumlah besar pelabur kriptowang LUNA mengalami kerugian yang besar di mana terdapat pelabur yang kehilangan 98% daripada wang simpanan dan juga rumah. Tidak kurang juga yang memilih untuk membunuh diri.

Di sebalik kejatuhan kriptowang LUNA serta merekodkan paras harga terendah iaitu $0.00000099997 pada 13 Mei lalu, kriptowang ini dilihat masih menjadi pilihan segelintir pelabur yang cuba meraih keuntungan dengan penjualan secara singkat.

Hal ini sekaligus membuatkan pemilikan kriptowang LUNA kembali meningkat di mana kriptowang ini berjaya mencatatkan peningkatan harga sehingga 2,508% di mana harga LUNA menjadi $0.00025883 setakat artikel ditulis.

Sumber: coin gecko

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Meskipun kriptowang LUNA berjaya mencatatkan keuntungan yang lumayan buat pelabur yang melabur dalam jangka masa singkat, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati agar tidak terjerat dengan pelaburan yang dibuat.

Selain itu, para pelabur perlu memahami terlebih dahulu mengenai instrumen pelaburan atau kriptowang yang mahu dilabur serta menggunakan wang yang sanggup ‘terbakar’ agar tidak menyesal di kemudian hari.

Ketahui lebih lanjut mengenai kriptowang LUNA yang dilaporkan telah menjadi punca 22 pelabur memilih untuk bunuh diri ekoran kejatuhan harga yang mendadak.

Alami Kejatuhan Harga Mendadak, 22 Pelabur Kriptowang LUNA Dilaporkan Bunuh Diri

Ini Caranya Untuk Mencipta Karakter Avatar 3D Di Instagram Untuk Tampil Lebih Unik

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group