Seperti yang pernah diungkap oleh pakar data sains, Clive Humby bahawa data merupakan sumber minyak baharu di dalam era digitalisasi. Siapa yang memegang data privasi pengguna boleh memanipulasinya atau pun dijual untuk meraih keuntungan yang lumayan.

Terbaharu, Mark Zuckerberg selaku pengasas Facebook telah dikaitkan lagi dengan tuntutan saman yang mendakwa penglibatan dalam skandal privasi Cambridge Analytica. Skandal privasi ini dikaitkan dengan eksploitasi data pengguna Facebook secara besar-besaran oleh firma analitik politik iaitu Cambridge Analytica.

Sumber Gambar: Vox

Difahamkan sebanyak 70 juta data pengguna Facebook telah disalah gunakan untuk tujuan politik termasuklah cuba mendapatkan sokongan untuk Donald Trump. Karl Racine selaku peguam negara dari Washington juga mendakwa bahawa kuasa Zuckerberg dimasukkan ke dalam struktur syarikat di mana beliau memegang majoriti saham mengundi.

Racine bertindak menyaman syarikat itu berhubung amalan privasi datanya pada 2018 sebagai sebahagian daripada kes yang sedang berjalan. Sejak berlakunya skandal Cambridge Analytica itu, Facebook dilaporkan telah menghalang akses kepada datanya daripada beribu-ribu aplikasi yang disyaki cuba  memanipulasi data pengguna.

Sementara itu, sepasang suami isteri telah menyaman syarikat Apple kerana menyebabkan kehilangan pendengaran sewaktu menggunakan AirPods Pro.

Hilang Pendengaran Angkara AirPods Pro, Ibu Bapa Mangsa Failkan Saman Terhadap Apple

Alami Kecederaan Pada Lengan, Pemilik Apple Watch Ini Bertindak Failkan Saman Terhadap Apple