Menghasilkan sebuah komputer yang lengkap beserta spesifikasi yang hebat sememangnya diketahui hadir dengan harga yang premium. Kemampuan komputer berspesifikasi tinggi ini sering kali digunakan pengguna untuk bermain game atau membuat editing melibatkan gambar dan video.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular gambar sebut harga atau quotation daripada kedai komputer buat sebuah masjid di Miri mengenai komputer yang lengkap serta berspesifikasi bernilai sehingga RM19,948.

Hadir dengan spesifikasi yang hebat, para netizen lebih tertumpu kepada harganya yang mencecah hampir RM20,000. Terdapat netizen yang membincangkan soal keperluan menggunakan kad grafik RTX 3070 yang berspesifikasi tinggi mencecah RM3,800 beserta liquid cooler dalam menjalani tugasan harian.

Sementara itu, terdapat netizen yang berpendapat harga barangan komputer yang mahal antara yang menjadi faktor komputer bernilai tinggi antara yang diperlukan dalam membuat suntingan berkualiti tinggi serta menjalani stream daripada beberapa kamera serentak.

https://twitter.com/4zhrrr/status/1534419439583916033

Difahamkan gambar senarai harga barangan komputer bagi masjid ini hanyalah sekadar sebut harga pada ketika ini dan bukanlah resit pembelian masjid berkenaan hasil sumbangan orang ramai. Setakat ini, pihak masjid dan pihak pekedai di Miri ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sebut harga yang tular ini.

Ikuti kisah lelaki berusia 25 tahun ini yang berjaya muncul sebagai ‘self-made billionaire’ termuda dunia dengan klik pautan di bawah.

Baru Sahaja Berusia 25 Tahun, Lelaki Ini Berjaya Muncul Sebagai ‘Self-Made Billionaire’ Termuda Dunia

CEO Xiaomi Kongsikan 4 Telefon Pintar Yang Digunakan Pada Ketika Ini