Terma metaverse mulai dikenali dengan lebih dekat sejak diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg sendiri yang mana sekaligus menarik ramai pihak untuk menerokai potensi dunia maya itu.

Terbaharu, kelab bola sepak terkemuka dunia iaitu Mancester City juga mahu menceburi dunia meta dalam mempertingkatkan pengalaman untuk peminatnya. Kelab bola tersebut mahu membangunkan Stadium Etihad dalam dunia maya tersebut dan sekaligus menjadi kelab bola pertama di dunia yang memilikinya.

Sumber Gambar: iNews

Tambahan pula, kelab ini turut sudah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan syarikat Sony untuk mendapatkan bantuan pakar yang mahir dalam realiti maya (VR). Difahamkan mereka bakal menggunakan teknologi penganalisis imej dan penjejakan kerangka yang dicipta dari anak syarikat Sony iaitu Hawk-Eye.

Malah, pasukan Sony juga sudah melawati ke Etihad untuk memetakannya secara digital dan menciptanya semula dalam realiti maya. Dengan adanya stadium maya ini, ia membenarkan penyokong untuk menyaksikan perlawanan secara langsung dengan selesa di rumah masing-masing tanpa perlu mengembara ke lokasi tersebut.

Sumber Gambar: Bitcoinist

Antara idea yang sedia diterokai oleh mereka juga adalah kebolehan berinteraksi di antara pemain bersama penyokongnya serta membeli produk-produk yang terhad di dunia meta sahaja. Idea stadium maya dilihat sangat bernas kerana para peminat boleh menerokai tempat kegemaran mereka sementara menonton permainan secara terus seperti di dunia sebenar.

Menerusi inisiatif yang ditunjukkan oleh kelab Manchester City selaku kelab pertama menyertai metaverse bersama stadium mayanya, perkara ini dijangka bakal menjadi titik permulaan untuk lebih banyak kelab bola terkemuka turut menyertainya. Sama-sama kita nantikan kelab bola mana pula yang bakal menyusul selepas ini.

Selain itu, Disney juga dilaporkan bakal sertai dunia metaverse untuk menawarkan pengalaman yang unik buat peminat kartun di luar sana.

Disney Dilaporkan Bakal Sertai Dunia Metaverse Dengan Pelantikan Ketua Eksekutif Baharu

Sedia Ikuti Trend Semasa, McDonald’s Rancang Untuk Buka Restoran Maya Dalam Metaverse

Sumber