Mulai diperkenalkan, powerbank sekadar digunakan untuk memudahkan pengguna mengecas telefon pintar atau tablet dengan mudah. Penawaran powerbank dengan kapasiti 5,000mAh sehingga 20,000mAh antara yang popular digunakan orang ramai.

Dalam pada itu, selepas lebih sedekad powerbank dilancarkan, seorang YouTuber dari China mencipta kelainan dalam menghasilkan powerbank dengan kapasiti yang lebih besar daripada keperluan orang ramai.

Sumber: YouTube 手工耿Handy Geng

Menerusi YouTube 手工耿Handy Geng, beliau telah berjaya menghasilkan powerbank dengan kapasiti sehingga 27 juta mAh. Difahamkan idea untuk menghasilkan powerbank dengan saiz yang besar ini pada mulanya ditolak oleh rakannya namun beliau tetap meneruskannya dalam menjayakan penghasilkan powerbank bersaiz besar ini.

Hadir dengan saiz yang besar, YouTuber ini memilih untuk menawarkan rekaan seakan powerbank ikonik daripada Xiaomi serta turut dilengkapkan dengan 60 soket elektrik bagi tujuan pengecasan.

Sumber: YouTube 手工耿Handy Geng

Sebagai perbandingan, powerbank ciptaan beliau bukan sahaja mampu menghidupkan telefon pintar atau komputer riba, malah turut berjaya menghidupkan televisyen, kipas, mesin basuh serta periuk elektrik.

Anda boleh tonton video di bawah di mana beliau menunjukkan bagaimana powerbank ini berfungsi dalam membolehkan beliau mengecas 30 telefon pintar secara serentak. Difahamkan kapasiti besar powerbank ini membolehkan sekitar 5,000 telefon pintar dapat dicas dengan penuh.

Tular pada minggu ini apabila remaja ini telah meminta sehingga RM209,500 di Twitter setelah Elon Musk mahukan beliau berhenti ‘stalk’ jet peribadi beliau.

Remaja Ini Minta RM209,500 Untuk Berhenti ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk Di Twitter

Hanya Kerana Gurauan McDonald’s Terhadap Elon Musk, Kriptowang ‘Palsu’ Ini Melonjak 285,641%