Baru-baru ini Facebook telah mengumumkan perancangan sistem kabel dasar laut ‘Apricot’ iaitu sepanjang 12,000km yang bakal menghubungkan Guam, Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Menurut laporan dari TheVibes, Malaysia kini kehilangan peluang pelaburan daripada syarikat Facebook setelah tidak tersenarai di dalam negara yang terlibat dalam sistem kabel bawah laut terbaru syarikat gergasi tersebut. Hal ini berpunca daripada pengecualian polisi kabotaj oleh Malaysia yang menolak sebarang pemasangan infrastruktur daripada pihak luar.

vocket-tech-news-fiber-2
Sumber Gambar: Facebook

Facebook dijangka bakal melancarkan sistem kabel bawah laut pada tahun 2024 dalam memenuhi permintaan data di rantau ini serta menyokong sistem kabel yang sedia ada.

Dilaporkan akibat daripada polisi ini Malaysia bakal menambahkan lagi kebergantungan kepada negara jiran dalam menampung trafik data yang besar berikutan kekurangan pusat data jaringan fiber. Oleh hal tersebut, syarikat gergasi ini mengelak dari melabur di negara ini.

vocket-tech-news-fiber-3
Sumber Gambar: Edgy app

Dalam perkembangan terbaru, Facebook dikatakan sudah bersetuju untuk berkerjasama dengan Google dalam projek pemasangan jaringan kabel fiber berkelajuan tinggi pada dasar laut ini.

Isu ini dikatakan turut memberi impak yang besar terutamanya dari segi prestasi jaringan data kepada negara yang sedang membangun. Dapat dilihat infrastruktur yang sedia ada sudah kian tenat dalam menampung keperluan penggunaan rakyat Malaysia bagi menempuh revolusi industri 4.0 pada hari ini.

Dalam usaha menawarkan internet berkelajuan tinggi di Malaysia, Serba Dinamik telah melancarkan perkhidmatan internet berasaskan satelit yang boleh merangkumi kawasan terpencil.

Serba Dinamik Lancarkan MySurFi, Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi Di Kawasan Terpencil

Dipopularkan Elon Musk, Internet Starlink Dijangka Bakal Ditawarkan Di Malaysia Seawal 2022

Sumber