Pembayaran secara atas talian menggunakan telefon bimbit dari China seperti AliPay dan WeChat Pay bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia. Malah transaksi ini kini boleh digunakan di premis makanan, pusat beli belah dan juga stesen minyak terpilih. Menariknya, transaksi ini bukan sahaja digunakan oleh pelancong China tetapi juga penduduk di negara ini sendiri.

Kemasukan pelancong dari China yang menggunakan transaksi jual beli ini telah meletakkan Malaysia, Singapura dan Thailand dalam kelompok kedua negara paling banyak menggunakan transaksi ini selepas Hong Kong, Macao dan Taiwan. Data ini telah diperoleh daripada kajian The Nielson Company.

capture-20190128-110305
Sumber: Nielson

Hasil kajian ini juga mendapati pengguna transaksi ini dalam kelompok usia 20 hingga 50 tahun yang melancong ke Malaysia, Singapura dan Thailand pada tahun 2018 dan merancang untuk melancong semula ke negara-negara tersebut pada tahun 2019. Setakat ini, terdapat 463 premis telah menyediakan transaksi atas talian ini di seluruh negara.